Welcome to the Cari Emas Forum.

» Online Users: 23

0 members and 23 guests
No Members online
Most users ever online was 800, 03-10-12 at 06:34 PM.

» What's New

» RGCX Malaysia

» VGMC Malaysia

» Log in

User Name Not a member yet?
Register Now!
Password
  • Amused
  • Bengang
  • Cocky
  • Cool
  • Crazy
  • Enraged
  • Friendly
  • Geek
  • Happy
  • Hungry
  • Innoncent
  • Malu
  • Shy
  • Sneaky
  • Tired
    1. #1
      Administrator Feedback Score 6 (100%)
      is making new friends,but keep
      the old,those are SILVER,
      these are GOLD. Both are
      worthy to me!
       
      I am:
      Happy
       

      Join Date
      Oct 2011
      Location
      Kuala Lumpur - Panama - Dubai
      Posts
      1,929
      Post Thanks / Like

      Exclamation KENYATAAN RASMI DARI PIHAK VGMC MALAYSIA dan FORUM CARIEMAS TENTANG VGMC (LATEST)

      Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua pembaca-pembaca yang sudi membaca artikel yang dikeluarkan ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sehat dan sentiasa berada dalam keadaan baik walaupun kita digegarkan dengan berita yang amat sedih dari pihak VGMC dari newsletter yang dikeluarkan semalam.

      Kami selaku pengendali rasmi VGMC Malaysia ( http://vgmc.cariemas.com ) iaitu group VGMC terbesar di Facebook dan pemilik forum diskusi Cariemas ( http://forums.cariemas.com ) berasa terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan. Sudah menjadi tanggungjawap kami untuk memberikan beberapa komentar dan sepatah dua kata dari situasi yang berlaku agar menjadi panduan buat anda semua. Perlu diingatkan, kenyataan kami berikut ini walaupun pahit tetapi kali ini pihak kami berasakan tiada apa yang perlu diselindungkan agar semua pihak faham apa yang berlaku dan diharapkan semua pihak bertenang dan bertindak rasional terhadap apa yang berlaku. Sudah sampai masanya pihak kami mengeluarkan kenyataan dengan penuh rasa tanggungjawap kerana kami percaya komuniti VGMC Malaysia di facebook dan Forum Cariemas mempunyai “follower” yang ramai dan setia berkhususkan diskusi tentang VGMC dan “analisa Emas” yang ditubuhkan sejak 2 tahun yang lalu. Terima kasih diatas setia dan sokongan yang telah diberikan selama ini kepada pihak kami. Walau apa pun berlaku kami yakin pasti ada hikmahnya dan kami sentiasa memberikan “support” dan “Analisa emas 3 kali sehari” secara percuma tetap kami akan teruskan buat trader-trader EMAS walaupun pembekuan dilakukan di CPS-GOLD VGMC semalam. Untuk kita semua trading seperti biasa dari analisa yang dikeluarkan masih boleh dilakukan di syarikat RGCX ( Rapid Gold & Currency Exchange ).

      Untuk pengetahuan anda semua, pihak kami yang mengendalikan VGMC Malaysia dan juga forum Cariemas ini adalah ahli VGMC biasa seperti anda semua dan kami telah bergiat dengan VGMC sejak awal Januari 2010 ketika awal VGMC ditubuhkan. Penyediaan komuniti VGMC Malaysia dan forum Cariemas ini semuanya adalah menggunakan biaya kami sendiri tanpa bantuan terus dari syarikat VGMC. Walaupun bermula dari bawah dan bermula dari kosong, dengan bantuan berterusan (Support) tanpa mengira anda downline siapa atau datang dari group mana dan penyediaan “analisa Emas bergambar” buat panduan trading 3 kali sehari secara percuma telah membuatkan komuniti ini terus berkembang dengan pesat sekali.

      Tidak dapat dinafikan, VGMC telah banyak membantu ramai keluar dari masalah beban kewangan dengan pendapatan dari dividend bulanan, trading & networking sejak ditubuhkan pada Januari 2010. Tetapi kita juga harus akur wujudnya segolongan ahli VGMC yang masih belum pulang modal dan mempunyai harapan menggunung bahawa VGMC lah yang bakal membantu mereka dan “newsletter” yang dikeluarkan VGMC semalam amat mengecewakan ramai pihak kerana news tersebut keluar terlalu cepat dari yang dijangkakan dan sedangkan beberapa bulan yang lalu pihak VGMC sendiri masih sibuk merekrut ahli baru dengan diberikan extra dividend, extra pairing bonus dan bonus overriding yang pihak kami lihat telah menjerat ramai “new member” dalam 2-3 bulan yang lalu. Golongan inilah yang kami lihat telah menjadi mangsa dengan news yang dikeluarkan oleh pihak VGMC pada hari semalam.

      Kami juga percaya dengan wujudnya VGMC sejak 2010 telah membuatkan ramai dari kita berjinak dalam trading emas. Masih segar dalam ingatan betapa asyik dan bersemangatnya setiap hari melihat harga emas dan bertahan mata sehingga pagi semata-mata mahu mencari keuntungan buat belanja harian disamping dividend yang diberikan dan income dari networking termasuk seluruh pelosok Malaysia dan Indonesia kami pergi untuk mempromosi VGMC. Kami juga percaya dengan wujudnya VGMC kita juga secara automatis mempunyai jaringan dan teman yang ramai sejak VGMC hadir dalam hidup kita. Tetapi, kita harus bijak dan mengenal “signal-signal” yang secara halus sebenarnya telah ada sebelum Newsletter VGMC dikeluarkan semalam. VGMC juga adalah sebuah syarikat “pure investment” yang menjana wang anda ke dalam perlombongan emas (itulah yang dikatakan oleh syarikat walaupun sehingga sekarang masih belum lihat lombongnya) sudah tentu mempunyai risiko dengan return yang jika difikirkan secara logic amatlah tinggi dan bakal bermasalah jika pengurusan VGMC tidak mahir dalam mengendalikan cara penjanaannya. Walaupun begitu, kami juga amat “salute” kerana VGMC sudah hampir 3 tahun berada dalam pasaran iaitu satu tempoh yang cukup lama bagi sesebuah syarikat “pure investment” dan boleh dikatakan VGMC adalah “King of Investment” sebelum newsletter yang dikeluarkan oleh pihak VGMC semalam.

      Untuk pengetahuan anda semua, ada satu perkara rahsia yang akan kami buka pada artikel kali ini. Pihak kami telah mula berhenti merekrut “new member” ke VGMC dan hanya mengekalkan network sedia ada dan investment “lama” pada tanggal “April 2012”. Selepas “April 2012” sehingga sekarang, kami tidak lagi merekrut ahli baru …cukup hanya terima income dari pairing network lama dan berjual/beli kredit bagi memenuhi keperluan pasaran. Dalam group kami sendiri menghadapi tentangan yang hebat dengan keputusan yang diusulkan ini. Tetapi setelah dikaji di waktu itu, group kami bersetuju walaupun amat berat memandangkan pada “April 2012” semua ahli-ahli VGMC sedang rancak merekrut ahli-ahli dan sibuk “menambah” deposit ke dalam akaun masing-masing. Sebagai pengendali VGMC Malaysia dan Forum Cariemas ketika itu yang mempunyai komuniti terbesar secara online ini adalah keputusan yang besar diambil oleh kami. Hanya ahli-ahli VGMC yang rapat dengan management VGMC Malaysia dan forum Cariemas sahaja yang tahu dengan keputusan kami itu ketika itu dan faham dengan apa yang kami lakukan. Dan tindakan kami ketika itu dengan menarik diri merekrut ahli baru tidak dikhabarkan secara meluas untuk menjaga kepentingan beberapa “Leader” tertentu dan bagi menjaga keharmonion jangka panjang pasaran VGMC buat semua ahli-ahli VGMC ketika itu. Dan Artikel ini kami perlu menceritakan secara “detail” kerana pihak kami tidak menyangka Management VGMC mengeluarkan artikel semalam yang pada pandangan kami terlalu awal (anti-klimaks) dan sebelum mengeluarkan newsletter semalam telah menjerat ramai ahli-ahli baru 2-3 bulan sebelumnya dan lebih teruk semua CPS-GOLD dibekukan semalam dah diwajibkan pemegang CPS-GOLD upgrade 10,000 CPS-Platinum dengan wang baru yang difikirkan oleh kami adalah permintaan yang amat tidak rasional.

      Puncak keputusan ini berlaku sejak mulanya pengumuman syarikat VGMC yang mewajibkan setiap investor kecil yang hanya mempunyai 1000 CPS-GOLD upgrade menjadi 2000 CPS-GOLD dengan secara paksa pada “April 2012". Ketika itu, jika difikirkan secara logic dan rasional amatlah tidak praktikal dan mempunyai maksud tersirat mewajibkan 1 lot @ 1000 CPS upgrade menjadi 2 lot. Ini belum lagi pengumuman sebelumnya pada hujung 2011 terhadap perubahan trading iaitu dikenakan “fees” dan “Rollover Charge/Swap” yang dimana pihak kami melihat perkara ini adalah salah satu cara bagi mengurangkan keuntungan ahli-ahli dari trading buat sesebuah syarikat yang menyediakan platform trading seperti VGMC yang kita layak gelar “Market Maker” dalam bahasa kewangannya di JAVA platform tersebut.

      Keputusan kami tepat menarik diri merekrut ahli baru ke VGMC bermula “April 2012”. Setelah pengumuman mengenai upgrade 1 lot menjadi 2 lot secara paksa, berbagai lagi pengumuman dari pihak syarikat yang kami lihat menyusahkan investor dan memberikan “signal” dan “hint” bahawa VGMC dalam masalah. News-News seterusnya meyakinkan kami lagi apabila keluarnya pula news harga share setiap 1 CPS meningkat secara mendadak setiap bulan dan tempoh withdraw dari setiap minggu pada hari Sabtu dikurangkan menjadi 2 bulan sekali dan selepas 2 bulan sekali dikurangkan menjadi 1 bulan sekali berlaku secara cepat. Dan yang terakhir jumlah minimum withdraw terus kepada syarikat dinaikkan dari USD500 kepada USD10,000 adalah “signal” dan “hint” terbesar yang kami lihat sesuatu bakal berlaku dan melambangkan VGMC memang benar-benar bermasalah. Dan kami sudahpun secara private memberitahu rakan-rakan dekat dan teman-teman dekat group kami agar cepat-cepat mencairkan kredit masing-masing sebelum keadaan menjadi lebih teruk. Tindakan yang dilakukan oleh VGMC menaikkan jumlah minimum withdraw ini mengakibatkan rate kredit VGMC di pasaran jatuh merudum rendah dari harga tukaran USD ke RM. Kami yakin pihak VGMC tahu dan sedar ini bakal berlaku dan mereka hanya membiarkan perkara ini berlaku. Ini kerana, jika dinaikkan minimum withdraw usd500 menjadi usd10,000 sudah pasti kredit hanya berlegar diantara satu sama lain dan jumlah permintaan pasti berkurang dari jumlah penawaran buat sesebuah syarikat yang sudah mempunyai ahli yang ramai dan deposit yang besar setelah berjalan hampir 3 tahun.

      Artikel ini dikeluarkan oleh kami kerana pihak kami mahu semua pihak tahu dan kami berasa amat kecewa dengan pengumuman yang dikeluarkan oleh VGMC semalam. Walaupun dengan alasan yang diberitahu mahu pergi IPO dan “Diversification” kami merasakan ianya bakal membuatkan ramai investor menderita bagi yang masih belum pulang modal. Bulan yang lalu, ramai ahli yang mampu withdraw terus dari syarikat ada beberapa indidividu melaporkan kepada kami withdraw terlalu lama ditunggu termasuk “unsubscribe” tidak kunjung tiba di bank dan tempoh withdraw makin lama dilimitkan dan akhirnya jumlah withdraw minimum juga dinaikkankan dan semalam kemuncak permainan mereka apabila CPS-GOLD telah dibekukan bagi semua “dividend” ,”trading”, “networking income” malah credit yang tersimpan di dalam wallet milik kita juga telah ditukarkan secara paksa menjadi CPS-GOLD yang baru tanpa mendapat “green light” dari tuan punya kredit tersebut. Atas dasar apa mereka berhak bekukan CPS-GOLD dan credit secara automatic dijadikan CPS-GOLD ?

      Ketidak puas hati kami lagi adalah pengumuman semalam yang seterusnya mewajibkan pemegang CPS-GOLD topup dalam CPS-Platinum minimum sebanyak 10,000 share bagi mengekalkan akaun CPS-GOLD lama. Pada fikiran kami ini adalah taktik yang tidak bertanggungjawab yang mahukan investor melabur dengan lebih besar dan bakal terjerat dengan lebih dasyhat. Dan diberitahu, jika anda tidak topup dalam CPS-Platinum dengan wang baru maka CPS-GOLD milik anda yang lama bakal hilang dan akaun tersebut ditutup. Fuhhh… ini betul2 taktik yang kami fikir amat kejam dan tidak berhati perut buat semua ahli bagi yang selama ini penat lelah menaruh kepercayaan dan tak jemu siang malam merekrut ahli buat syarikat. Dan kami lihat ini adalah modus VGMC supaya syarikat ini terus menerima deposit baru dengan secara paksa menambah duit walaupun sebelum ini kita telah mengeluarkan duit membeli CPS-GOLD . Untuk pengetahuan anda, pemegang CPS-GOLD tidak diberikan pilihan untuk “unsubscribe” sejak news yang dikeluarkan semalam. Dan ini adalah “signal” dan “hint” yang nyata bahawa VGMC boleh dikatakan bankrupt atau wang milik mereka telah tiada dan mereka mahukan investor menambah deposit ke dalam CPS-Platinum yang baru pula. CPS-GOLD kita yang lama ditukarkan menjadi PCEF secara paksa yang dimana boleh diraih pendapatan darinya selepas ianya dilisting sekitar 12-15 bulan dari sekarang. Seharusnya, jika VGMC menghargai investor dan jika VGMC masih kukuh dari segi kewangan seharusnya convert sahaja CPS-GOLD & Credit yang dimiliki oleh kita ke dalam CPS-Platinum tanpa perlu meminta ahli menambah deposit baru lagi.

      Pendapat kami tentang PCEF ini adalah salah satu “skim” gagal yang mencuba mengelak pembayaran dividend bulanan, income trading dan stok kredit yang dimiliki buat satu jangka masa yang lama iaitu sekitar 12-15 bulan dan memaksa semua pemegang CPS-GOLD menambah deposit baru pulak ke dalam CPS-Platinum bagi mengekalkan share CPS-GOLD milik kita. Ini adalah satu “signal” iaitu mereka tidak mampu membayar tetapi “buying time” menunjukkan kononnya mereka tidak “SCAM” atau “FRAUD” dan mengharapkan “fresh money” disuntik oleh ahli di CPS-Platinum.

      Sebelum kami akhiri artikel yang panjang lebar ini, satu perkara yang ingin kami buka dan jelaskan pada anda semua. Kami dan ahli-ahli group adalah lahir dari trading forex sejak tahun 2003 lagi. Kami telah lama bergiat menjadi trader forex di pelbagai forex broker seperti MARKETIVA, IBFX, FXCM, LITEFOREX, INSTAFOREX, DUKASCOPY, FXPRO dan berbagai-bagai lagi broker forex yang ada dalam pasaran sebelum wujudnya VGMC. Setelah wujudnya trading “No Margin Call” di VGMC kesemua ahli group kami telah beralih dari trading di forex broker dan bergiat penuh dalam VGMC dan boleh dikatakan group kami telah menghasilkan sales bulanan lebih dari USD 5 juta secara konsisten sebelum “April 2012”. Tetapi pada “April 2012” pihak kami juga telah mengenal pasti satu syarikat baru yang lebih kukuh dari VGMC berkonsepkan “Forex Broker Trading Gold tanpa Margin Call yang juga ada dividend bulanan” dilancarkan pada “Mac 2012” yang mempunyai visi yang jelas dan mempunyai foundation yang lebih kukuh dari VGMC. Ini adalah salah satu sebab utama juga kenapa pada “April 2012” pihak kami berhenti merekrut ahli kedalam VGMC dan semua network kami beralih ke syarikat baru tersebut. Kami percaya segelintir dari anda juga telah bersama sejak “April 2012” dalam syarikat tersebut yang dikatakan bakal menggantikan VGMC dan mempunyai visi dan misi yang lebih jelas dan transparent untuk kita semua.

      Kenapa kami begitu yakin dengan syarikat baru ini? Kerana syarikat ini transparent dan jelas halatujunya. Malah, mereka mempunyai “LIVE SUPPORT” yang menunjukkan mereka komited dan mahu berkomunikasi dengan lebih dekat dengan ahli-ahlinya. Bukan itu sahaja, banyak lagi ciri-ciri lain yang ada pada syarikat ini juga lebih maju dari segi sistemnya dan servis yang ditawarkan berbanding VGMC malah lebih baik dari Forex-forex broker lain yang berada dalam pasaran. Satu yang perlu anda tahu, kami tidak mahu “menangguk di air yang keruh” dengan memperkenalkan sesuatu yang baru dikala semua ahli VGMC masih lagi bingung, marah, kecewa, dan terpinga-pinga dengan pengumuman baru ini. Tetapi kami amat percaya, syarikat ini mampu menjadi alternative buat kita semua “cover loss” dan yakin syarikat ini tidak mengkhianati ahli-ahlinya seperti yang VGMC lakukan pada kita semua. Pihak kami sendiri telah menyertai syarikat ini dan membina jaringan sejak “MAC 2012” dan telah berhasil merasakan pendapatan sejak dari itu lagi dan yang menariknya syarikat ini mempunyai apa yang VGMC ada dan malah… mempunyai ciri-ciri lebih baik dan bagus dari apa yang ditawarkan di VGMC. Malah, pihak kami sendiri telah berkonfrontasi secara bersemuka dengan CEO syarikat ini “face to face” bagi mengetahui secara “DUE DILLIGENCE” dan lebih mendalam syarikat ini.

      Kami juga begitu yakin kerana dibawah ini kami akan senaraikan ciri-ciri syarikat tersebut sebagai pengetahuan anda dan tidak lebih dari itu. Malah, jika anda mahu mengikuti syarikat ini pihak kami mengalu-alukannya dan lakukanlah “DUE DILLIGENCE” dulu dan silakan bertanyakan dalam “Online forum” dan Group-group Facebook tentang syarikat ini dan di Youtube juga banyak acara-acara yang telah dijalankan oleh syarikat ini sebagai testimoni dari ahli-ahli lain yang telah lama menyertainya. Seperti yang kami bilang di perenggan terdahulu kami tidak mahu mengambil kesempatan dengan mengeluarkan “REFERRAL LINK” milik kami disini… cukup sahaja kami keluarkan link terus syarikat dan sila cari mana-mana upline atau ahli-ahli yang telah lama menyertainya sebagai “introducer” anda kedalam syarikat tersebut.
      Syarikat yang kami maksudkan ialah RGCX ( Rapid Gold & Currency Exchange ) .

      Berikut adalah link rasmi syarikat :
      http://www.rapidgcx.com dan disini adalah forum diskusi tentang RGCX buat bacaan dan panduan anda sekalian :

      http://forums.cariemas.com/forumdisplay.php?f=72 ( Diskusi ini telah wujud lama di forum CARIEMAS iaitu di bulan “MAC 2012” lagi)

      http://carigold.com/portal/forums/sh...hreadid=311185 ( Diskusi di forum online terbesar secara terbuka tanpa selindung - 33,000 posts)

      http://rgcx.cariemas.com ( Komuniti Facebook Group RGCX )

      Ciri-ciri (RGCX) Rapid Gold & Currency Exchange :

      1) Mempunyai system trading “SOFTWARE” MT4 dan bukannya JAVA seperti VGMC. Jadi harga emas lebih jelas dan tepat tanpa “lagging” dan execution ketika trading dapat dilakukan dengan pantas.

      2) Sistem trading tanpa “Margin Call” yang dimiliki syarikat ini mempunyai BUY dan SELL. Jadi anda juga dapat membuat keuntungan tidak ketika harga emas naik. Ketika harga emas turun juga anda dapat trading. Ini adalah market sebenar “Real Trading” JUAL/BELI emas (2 way trading) secara online diluar sana seperti di platform2 broker lain …..tidak seperti VGMC yang hanya melimitkan BUY sahaja.

      3) Modal minimum serendah USD150 dan setiap USD150 anda layak menerima reward 0.01 oz emas setiap bulan mengikut tarikh anda deposit. Tiada had limit dan anda boleh mengeluarkan modal anda semula jika mahu mengikut rules yang telah dikeluarkan.

      4) RGCX bukanlah investment seperti VGMC jadi setiap deposit dikirakan seperti deposit dalam forex broker dan tiada SHARE di RGCX. Jadi, tiada kenaikan harga setiap bulan seperti VGMC di RGCX. Sudah hampir 6 bulan RGCX di pasaran dan pihak management mengatakan mereka tidak akan menaikkan modal kerana setiap duit anda itu adalah deposit ke akaun dan bukannya pembelian share.

      5) Trading “NO MC” di MT4 tiada dikenakan “Fees” dan tiada dikenakan “Rollovercharge/SWAP” lalu menjadikan akaun trading di RGCX ini “Islamic Account”.

      6) Mempunyai Live Support, Support Ticket dan Phone Support buat semua ahli.

      7) Bakal mempunyai APPS untuk trading di handphone IPHONE, IPAD, ANDROID dan BLACKBERRY dalam waktu terdekat.

      8) Withdrawal yang jelas dengan syarikat di PANAMA dan mempunyai system security TAC seperti MAYBANK ke handphone anda jika anda mahu transfer kredit diantara satu sama lain.

      9) Boleh SKYPE Video direct dengan CEO. (Sering dilakukan oleh kami ketika melakukan promosi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Thailand).

      10) Pembahagian keuntungan yang jelas dan nyata iaitu syarikat ini ialah FOREX BROKER dan menghasilkan keuntungan dari “SPREADS” & keuntungan syarikat dari JUAL/BELI ahli-ahli di pasaran forex di “MINI ACCOUNT dan STANDARD” seperti forex broker lain dipasaran. Lihat sahaja di pasaran, forex broker tak pernah rugi malah berkembang dan ini adalah kekuatan syarikat bagi long term.

      11) Bakal mempunyai regulation dari FINANCIAL BODY dalam tempoh 1-2 bulan dari sekarang. (Ini telah diberitahu oleh syarikat dan mereka mampu melakukannya setelah berada di pasaran lebih 6 bulan awal dengan lancar).

      12) Mempunyai leverage 1:2 trading di MT4 platform tanpa Margin Call. Jadi setiap modal USD150 bakal menjadikan kekuatan margin anda USD300.

      13) Mempunyai ofis REAL dan NYATA operation team mereka di PANAMA dan bukannya ofis wayang (VIRTUAL OFFICE) seperti VGMC di PANAMA. Ingin diingatkan pada anda semua…ofis VGMC di Dubai dibuka selepas 1 tahun di pasaran, ini bermakna sebelum 1 tahun di pasaran VGMC tidak mempunyai ofis yang betul melainkan VIRTUAL OFFICE di Panama.

      14) Mempunyai ofis perwakilan di Asia iaitu di pusat kota Jakarta 5 tingkat yang lengkap dengan prasarana trading dan training room sebagai wakil di ASIA (Ofis perwakilan)
      Last edited by CE ADMIN~Deen; 03-10-12 at 08:43 PM.

    2. #2
      Administrator Feedback Score 6 (100%)
      is making new friends,but keep
      the old,those are SILVER,
      these are GOLD. Both are
      worthy to me!
       
      I am:
      Happy
       

      Join Date
      Oct 2011
      Location
      Kuala Lumpur - Panama - Dubai
      Posts
      1,929
      Post Thanks / Like
      15) Jika anda close position “negative” di trading tidak akan effect kredit anda. Bukan seperti VGMC jika kita close “negative” di trading bakal effect baki kredit kan?

      16) Networking plan yang realisistik dan mempunyai plan yang adil buat networker kerana mempunyai income bulanan dan berterusan bagi networker yang mempunyai group yang besar.

      17) Mumpunyai masa depan yang cerah untuk maju dan halatuju yang jelas kerana RGCX ini berteraskan FOREX BROKER yang mempunyai MINI dan STANDARD akaun selain akaun EGTA no MARGIN Call with dividend. Di MINI/STANDARD mempunyai trading currency seperti EUR/USD, GBP/JPY, SILVER, GOLD, EUR/JPY, AUD/USD dan lebih dari 30 pair currency untuk anda trading secara professional bermula Isnin – Jumaat 24 jam tanpa henti duit bekerja untuk anda.

      18) RGCX bukanlah “pure investment” seperti VGMC dimana VGMC perlu laburkan atau janakan wang ahli kedalam lombong emas bagi memberikan hasil bulanan buat ahli-ahlinya. (Jika ada lombongnya lah sampai skrg masih belum pernah lihat lombong, yang kami fikir …kita ni sebagai ahli, adalah lombongnya). Jadi, RGCX konsepnya ialah forex broker tidak perlu jana wang ahli kemana atau merisikokan wang ahli kemana-mana. Kerana apa yang kami faham didalam dunia FOREX BROKER.. syarikat mampu menghasilkan keuntungan “BRIDGING SYSTEM” dengan pihak “Bank” atau “Prime Broker” dan memakan komisi dari “SPREADS” atau layak menjadi “Market Maker” dengan capability sebagai Forex Broker yang menggunakan system trading software MT4.

      Sekian sahaja artikel dan luahan hati kami tentang isu yang berlaku dan perkembangan semasa tentang kami. Diharapkan semuanya tabah bagi menghadapi hari-hari tanpa DIVIDEND dan TRADING di VGMC dan jadikannya iainya satu pengalaman dan pedoman untuk terus maju ke depan. Kerana kami percaya banyak pengalaman, pelajaran dan hikmah yang dapat kita ambil selama wujudnya VGMC CPS-GOLD sejak “JAN 2010” sehinggalah semalam. Bijak pandai pun pernah berkata “Taking a wrong decision is better than not taking any decision (Robert Kiyosaki)”.

      Kami percaya artikel ini mampu membuka mata dan pintu hati bagi setiap pembaca dan mohon maaf bagi yang tersinggung dengan artikel ini sesungguhnya “yang buruk itu datang dari kami sendiri dan yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT”.

      Wassalam.

      VGMC Malaysia team & Forum Cariemas team.


      Email : capventure8@gmail.com

    3. #3
      Administrator Feedback Score 6 (100%)
      is making new friends,but keep
      the old,those are SILVER,
      these are GOLD. Both are
      worthy to me!
       
      I am:
      Happy
       

      Join Date
      Oct 2011
      Location
      Kuala Lumpur - Panama - Dubai
      Posts
      1,929
      Post Thanks / Like
      IMPORTANT ANNOUNCEMENT : Salam dan selamat sejahtera buat semua ahli-ahli VGMC Malaysia. Pihak kami telah mengeluarkan kenyataan penting tentang VGMC dan kami juga mahu semua ahli yang setia di VGMC Malaysia ini tahu pendirian kami terhadap keputusan VGMC dalam newsletter yang dikeluarkan semalam.

      Sila klik link http://artikel.cariemas.com dan diharapkan artikel yang panjang ini mampu memberikan anda pemahaman dan situasi apa yang berlaku kepada VGMC. Jika anda mahu sebarkannya silakanlah dan diharapkan mampu jadikan ianya sebagai artikel yang berguna untuk semua pihak.

      Wassalam.

      Admin of VGMC Malaysia and Admin of Cariemas Forum

    4. #4
      AQC invest
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      terbaik tn. Admin....penerangan yg betul2 cukup utk ahli2 CE....thanks admin....

    5. #5
      arsonz
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      Knape tuan admin x bgtau sy awal2...lw x sy pon da juaL sume shares..xLa menangis sorng2..

    6. #6
      aya_kbgirlz@yahoo.com
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      insyaallah ada modal leh join RGCX lak

    7. #7
      muzee
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      admin the best~~thank u

    8. #8
      shah othman
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      Saya tak faham hint dari upline saya, akhirnya saya jadi macam nih...

    9. #9
      AntuRaya
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      1 lot di rgcx $150 sahaja , dgn melayan trading mt4 secara biasa2 utk sebulan bole dpt $1++ kembali belum di campur dividen 10%. kpd kwn2 vgmc bersabar la ada hikmahnya walau rgcx skali pun . sedar la kita sedang berada di zon high risk program persediaan mental perlu kuat menghadapi cabaran @ kejayaan.

    10. #10
      shah othman
      Guest
      This user has no status.
       
      I am:
      ----
       
      Saya sudah subscribe RGCX beberapa bulan lalu. Kini, saya akan menambah pelaburan di RGCX dan akan berusaha mengumpul kembali 'kerugian' di VGMC, InsyaAllah...

     

     

    Bookmarks

    Bookmarks

    Posting Permissions

    • You may not post new threads
    • You may not post replies
    • You may not post attachments
    • You may not edit your posts
    •  

    » Site Navigation

    » Stats

    Members: 123
    Threads: 7,405
    Posts: 86,756
    Top Poster: CE ADMIN~Deen (1,929)
    Welcome to our newest member, Marco Epule

    » Recent Threads

    No Threads to Display.
    Powered by vBadvanced CMPS v4.2.1